Friday, 1 April 2016

TEMASYA SUKAN TERBESAR DUNIA

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.

SUKAN OLIMPIK
Sukan Olimpik ialah sukan antarabangsa yang diadakan setiap empat tahun. Sukan ini bermula dari Yunani Purba, dihidupkan semula oleh seorang bangsawan Perancisbernama Pierre de Coubertin pada akhir abad ke-19. Sukan ini yang turut dikenali sebagai Olimpik Musim Panas telah diadakan setiap empat tahun sejak 1896 kecuali ketika Perang Dunia.Selain itu, Sukan Olimpik Musim Sejuk dimulakan pada tahun 1924. Namun begitu, sukan ini tidak lagi diadakan serentak dengan Sukan Olimpik Musim Panas pada 1994, sebaliknya dua tahun selepas.

SUKAN KOMANWEL

Sukan Komanwel adalah acara pelbagai jenis sukan. Dilangsungkan setiap empat tahun sekali, melibatkan atlet elit dari negara-negara komanwel. Kehadiran di Sukan Komanwel biasanya lebih kurang 5,000 atlet. Commonwealth Games Federation (CGF) ialah organisasi yang bertanggungjawab untuk hala tuju dan kuasa Sukan Komanwel.Mulanya acara yang dikenali sebagai Sukan Empayar British diadakan pada 1930 diHamilton, OntarioKanada. Kemudian nama ditukar kepada Sukan Komanwel dan Empayar British pada 1954, kepada Sukan Komanwel British pada 1970 dan nama semasa sekarang Sukan Komanwel pada 1978.

SUKAN ASIA
Sukan Asia juga dipanggil Asiad, adalah acara pelbagai sukan yang diadakan setiap empat tahun dalam kalangan atlet dari seluruh benua Asia. Sukan Asia dikawal oleh Majlis Olimpik Asia (OCA) di bawah pengawasan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa(IOC). Pingat akan dianugerahkan dalam setiap acara dengan emas untuk tempat pertama, perak untuk tempat kedua dan gangsa untuk tempat ketiga, suatu tradisi bermula sejak tahun 1951.Atlet perlu didaftarkan oleh Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) mengikut kewarganegaraan atau kerakyatan. Lagu kebangsaan dan bendera mengiringi upacara pemberian pingat dan angka yang diatur mengikut sistem pemberian pingat setiap negara yang memungut pingat. Secara umumnya, negara berdaulat sahaja dibenarkan mengambil bahagian.Hal yang istimewa ialah apabila Taiwan dibenarkan turut serta dan namanya digelar China Taipeiberdasarkan status politik Taiwan yang belum tetap. Sukan ini telah didominasikan oleh atlet dari Jepun,Republik Rakyat China, dan Korea Selatan.

SUKAN ASIA TENGGARA / SEA
Sukan Asia Tenggara (juga dikenali sebagai Sukan SEA), merupakan sebuah temasya sukan dwi-tahunan yang membabitkan 11 negara Asia Tenggara. Sukan ini berada dipimpin oleh Persekutuan Sukan Asia Tenggara dengan kerjasama Komiti Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Majlis Olimpik Asia.Pada asalnya, Sukan Asia Tenggara diberi nama Sukan Semenanjung Asia Tenggara atau Sukan SEAP. Pada 22 Mei1958, semua delegasi dari negara semenanjung Asia Tenggara menghadiri Sukan Asia ke-3 di TokyoJepun untuk melakukan perjumpaan dan telah disetujui banyak pihak untuk mengadakan pertubuhan sukan ini. Sukan SEAP dibentuk konsepkan oleh Laung Sukhumnaipradit iaitu Naib Presiden Komiti Olimpik Thailand. Cadangan ini diterima dan sukan ini dipromosikan untuk negara semenanjung Asia Tenggara.

 TAMAT

No comments:

Post a Comment