Monday, 20 June 2016

RAMADAN KAREEM


AMALAN YANG BOLEH DILAKUKAN SEPANJANG BULAN RAMADAN

SOLAT TARAWIH
Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan . Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar selepas salam sambil memperbanyak zikir pada setiap rakaat keempat dan dikerjakan dalam keadaan tenang, tenteram dan tidak tergesa-gesa menyelesaikannya.Solat Tarawih adalah sunat muakkad yang boleh dilakukan secaraberjemaah atau sendirian sama ada di rumah atau masjid pada malam-malam bulan Ramadan, di antara waktu selepas solat Isyak hingga ke sebelum fajar.Solat Tarawih boleh dilaksanakan dengan setiap dua rakaat satu salam, sekurang-kurang 4 kali dan disambungkan dengan solat Witir tiga rakaat atau boleh juga dilakukan 2 kali empat rakaat .
TUJUAN

1.  Solat Tarawih adalah ibadah untuk menghidupkan malam Ramadan       
dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
2.Menggunakannya untuk menghafal kembali surah al-Quran.
3.Mengharapkan kerahmatan dan keampunan Allah SWT.

QIAMULLAIL
Qiamullail adalah merujuk kepada amalan beribadat pada malam hari dengan mengerjakan solat-solat seperti solat taubat , tahajjud , witir dan lain-lain, serta amalan-amalan seperti membaca Al-Quran , berzikir , beristighfar, berdoa dan sebagainya . Ibadah Qiamullail sangat digalakan di dalam Islam Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara beramai-ramai.
Ketika melakukan Qiamullail digalakkan melakukan solat sunat seperti berikut :-
1.          Solat Sunat Awwabin
2.          Solat Sunat Tahajjud
3.          Solat Sunat Hajat
4.          Solat Sunat Taubat
5.          Solat Sunat Tasbih
6.          Solat Sunat Witir

MEMBACA AL-QURAN 
Bulan Ramadhan merupakan bulan Al-Qur`an. Pada bulan inilah Al-Qur`an diturunkan oleh Allah SWT. Di antara amal ibadah yang sangat ditekankan untuk diperbanyak pada bulan Ramadan adalah membaca (tilawah) Al-Qur`anul Karim. Banyak sekali hadis-hadis Nabi SAW yang menyebutkan tentang keutamaan membaca Al-Qur`an.
 Tujuan diturunkan Al-Qur`an :
- untuk dibaca dan ditadabbur maknanya
- diimani segala beritanya
- diamalkan segala hukumnya
- direalisasikan segala perintahnya
- dijauhi segala larangannya


SEKIAN , TERIMA KASIH .

MUHASABAH DIRI

Kita telah mencintai Allah SWT, namun kita tidak pernah merasakan adanya tanda-tanda tersebut .

  Kasih sayang dan kecintaan Allah SWT yang melimpah kepada hamba-Nya telah wujud sejak sekian lama dahulu sebelum kita lahir ke dunia ini . Hubungan yang istimewa antara Allah SWT dan manusia sentiasa wujud walaupun kita sebagai hamba-Nya sahaja sering terlalai dari menyedari dan merasai cinta yang melebihi cinta makhluk-Nya .

   Pada hakikatnya , Allah SWT amat mencintai dan menyayangi hamba-Nya , menginginkan kebaikan bagi mereka sehingga natijah cinta Allah SWT pada hamba-Nya adalah mengakhiri hidup mereka dengan husnul khatimah atau kehidupan akhir yang bahagia yakni Syurga .

   Namun, benarkah kita telah mencintai Allah SWT sehingga ia mengalir ke setiap urat nadi kita ? Apakah bukti cinta kita kepada Allah SWT ? Bagaimanakah cara untuk kita membenihkan cinta paling tinggi kepada Allah SWT ?


AMAL SOLEH YANG MESTI DILAKUKAN….
MENGKAJI PELAJARAN DI SEBALIK SEGALA SESUATU


   Yang dimaksudkan dengan kajian pelajaran ini adalah mengunjungi tempat yang di dalamnya terdapat orang yang sedang mendapat dugaan seperti orang di hospital , rumah anak yatim dan tempat orang miskin . Kajian ini mempunyai peranan penting untuk mengetahui seberapa besar nikmat agung yang telah dilimpahkan Allah SWT kepada kita dan telah menenggelamkan kita di dalamnya .

  Alangkah baiknya apabila kita turut membawa ahli keluarga dan anak kita dalam perjalanan ini agar mereka mengetahui betapa besarnya anugerah Allah SWT yang dilimpahkan kepada kita semua .

Wahai Saudara Pembacaku Yang Budiman ,

  Seharusnya kalian mahu meluangkan waktu untuk mengunjungi orang yang dipenjara agar anda juga menyedari betapa besar nilai dan berharganya nikmat kebebasan . Kunjungilah orang yang tubuhnya terbakar , patah tulang dan orang yang menderita agar anda menyedari betapa besar nilai kesihatan dan kenikmatannya .pejamkanlah kedua belah mata anda dan bayangkan bagaimana kesukaran hidup yang akan anda jalani tanpa mempunyai mata untuk melihat .

  Bayangkanlah diri anda berada dalam kejadian yang sedang anda saksikan dari pelbagai berita , tentang kawasan daif yang dilanda gempa bumi dan peperangan , serta pelbagai rampasan yang mengiringinya . Lalu ucapkanlah berulang-ulang “Wahai Tuhanku , hanya kepada-Mu segala puji yang menjadi hak-Mu , kerana kemuliaan-Mu dan keangungan serta kekuasaan-Mu .”

   Kesimpulannya , jalan menuju cinta Allah SWT sebuah cinta yang tulus dan membuahkan hasil itu harus dimulakan dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran dengan penuh pemahaman dan penghayatan serta berfikir tentang pelbagai peristiwa yang terjadi dalam kehidupan yang sering kita alami setiap hari , kesemua itu merupakan tanda kecintaan Allah SWT kepada kita , dengan segala kelembutan , kasih sayang , penjagaan , peringatan dan penundukan .

Sekian , terima kasih .


TAMAT